Tentang Kami
Kenali kami lebih dekat.
Pengenalan
INFICARE PHYSIOTHERAPY AND WELLNESS CENTRE merupakan sebuah pusat pemulihan anggota yang menyediakan perkhidmatan servis ke rumah (homephysio) dan juga perkhidmatan lain yang berkaitan dengan fisioterapi. Mempunyai visi dan misi untuk menjadi yang terbaik setanding dengan syarikat gergasi dinegara lain.
INFICARE PHYSIOTHERAPY AND WELLNESS CENTRE menyediakan khidmat untuk membantu pesakit yang memerlukan khidmat fisioterapi tidak mengira sama ada melakukannya dia rumah ataupun di pusat pemulihan itu sendiri. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pemulihan cara kerja, fisioterapi dan lain-lain. Selain itu, kami juga kerap menyertai aktiviti luar serta berkebolehan untuk memberi taklimat atau seminar yang berkaitan dengan pemulihan cara kerja dan fisioterapi. Merangkumi Lebih dari tiga kawasan yang boleh menerima khidmat daripada pihak Inficare.
INFICARE PHYSIOTHERAPY AND WELLNESS CENTRE mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali. Pihak kami mempunyai visi dan misi yang cekal serta berharap agar dapat berkembang kukuh didalam dunia perniagaan terutamanya yang berkaitan dengan fisioterapi dan pemulihan cara kerja.
Misi
Kami menawarkan penjagaan pesakit yang unik, dan kami menekankan manual terapi, untuk memberikan pesakit kami pengalaman terapi berorientasikan keluarga untuk kepuasan pesakit.
Kami juga memberi inspirasi dan membantu pesakit kami menjalani gaya hidup yang lebih baik dan sihat dengan memulihkan dan mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka menggunakan pendekatan holistik atau program penjagaan kesihatan 360 darjah.
Visi
Visi utama syarikat INFICARE PHYSIOTHERAPY AND WELLNESS CENTRE adalah untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan. Selain itu juga, syarikat ini juga mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang lebih terjamin dan berkualiti. Bagi memastikan visi kami tercapai, penyediaan para tenaga yang professional dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif.
Pihak INFICARE PHYSIOTHERAPY AND WELLNESS CENTRE akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap disamping mampu memberikan keuntungan kepada syarikat.
Pihak INFICARE PHYSIOTHERAPY AND WELLNESS CENTRE berhasrat untuk membantu untuk memulihkan dan memaksimakan kesihatan fizikal setiap pesakit tanpa mengenal jemu dan lelah.
Objektif
- Membantu membina kepercayaan dan keyakinan diri pesakit
- Menjadi “One-stop Wellness Center” yang mempunyai peralatan dan kemudahan untuk melakukan fisioterapi.
- Menjadi pusat pemulihan yang menyediakan khidmat untuk perkembangan awal kanak-kanak.
E: inficare.physiotherapy@gmail.com
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
9.00am – 6.00pm
Sabtu
9.00am – 2.00pm
Ahad & Cuti Umum
Tutup
Anda Ada Soalan?
Alamat
B-2-5A, Block B, Jalan Ostia Utama,
Taman Ostia Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan